Yamaha Generations

http://yamahagenerations.blogspot.com

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us

Carian

Rabu, 19 Januari 2011

ROTS

~Ditubuhkan pada tahun 1995 dengan hanya seramai kira-kira 15 orang ahli sahaja dan dikenali sebagai TEAM SHELL.

~Objektif utama penubuhan adalah untuk merapatkan, menyatupadukan dan meneguhkan talian persaudaraan dan ukhwah berpanjangan khususnya bagi anak² melayu.

~Memberi nasihat dan bimbingan dari segi teknikal kenderaan dan keselamatan jalanraya kepada ahli-ahli khususnya golongan belia dan muda-mudi, dipenuhi dengan program-program yang berfaedah dan kerja-kerja amal kebajikan sekaligus menjauhkan golongan ini dari terlibat dengan gejala sosial.

~Pengasas merangkap incharge pertama TEAM SHELL En. Ghazali Bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Abang Ali. Kini menjawat jawatan sebagai Penasihat Kehormat.

~Nama TEAM SHELL kini ditukar kepada Kelab Permotoran ROTS Malaysia (ROTS MOTOR CLUBMALAYSIA).

~Undang-undang yang dikuatkuasakan untuk menjadi ahli juga diperketatkan dan bukan mudah untuk menjadi ahli kerana banyak kriteria-kriteria yang diambilkira demi menjaga nama baik ROTS. Undang-undang ini jugalah yang terus diguna pakai sehingga sekarang.

~Pada tahun 2000 kredibiliti ROTS semakin meningkat dengan penambahan lebih ramai ahli dan sistem pengambilan rekrut diperkenalkan. Pada tahun 2004 keahlian untuk ahli berkereta juga diperkenalkan dan mendapat sambutan memberangsangkan dengan penyertaan sebanyak 50 buah kereta.

~Kini keahlian ROTS telah menjangkau seramai 3000 orang ahli dan lebih 2500 orang rekrut di seluruh Malaysia.

0 ulasan:

Catat Ulasan